Jalud di UTP

Wednesday, May 11, 2016

9 dan 10 April lalu warga UTP berpeluang untuk menyaksikan pementasan pertama teater “Jalud”, sebuah produksi TTS yang mementaskan hasil karya terbaru daripada Dr Shark. Walaupun “Jalud” memaparkan watak seorang pemain boneka ventriloquistik dan bonekanya, kisah ini sebenarnya diilhamkan oleh filem “The Voices” arahan Marjane Satrapi dengan Ryan Reynolds sebagai pemegang watak utamanya.

Teater “Jalud” membawa cerita tentang Amir, seorang “ventriloquist” (ahli bicara perut, lol) yang kehilangan kerjanya setelah sambutan terhadap persembanhannya semakin berkurang dan merugikan kelab tempatnya bekerja. Seterusnya, hubungan antara Amir dan bonekanya turut dipaparkan setelah menganggur, berserta dengan gangguan-gangguan yang mula dihadapi oleh Amir serta orang lain dalam hidupnya.

Pementasan di UTP tempoh hari berjalan dengan lancar sekali. Pihak TTS amat berterima kasih kepada semua hadirin yang hadir dari dalam dan juga luar UTP, seperti RCMP Ipoh dan UiTM Bandar Melaka kerana sokongan yang diberikan kepada TTS serta industri teater tanahair. Semoga di masa hadapan sudi untuk menonton persembahan TTS lagi.

Bagi yang tidak berpeluang untuk menyaksikannya, jangan risau kerana "Jalud" akan ke Kuala Lumpur pula. Pementasan selama dua malam akan diadakan di Auditorium JKKN Kuala Lumpur di Jalan Tun HS Lee, dahulunya dikenali sebagai Taman Budaya Kuala Lumpur. Maklumat lanjut boleh didapati di sini.

On April 9th and 10th, UTP community had the opportunity to see the first theatre production of Jalud”, a TTS production of the latest piece piece written by Dr Shark. While “Jalud” feature a ventriloquist and his puppet, the story was actually inspired by the film “The Voices” directed by Marjane Satrapi with Ryan Reynolds leading the casts.

“Jalud” brought the story about Amir, a ventriloquist that lost his job after dwindling public’s interest leading to profit lost to the club he was working at. Next, Amir’s relationship with his puppet was featured after he was fired, followed by disturbances that started to occur in the lives of Amir and others that were close to him.

The production in UTP went smoothly. TTS would like to thank the audience from inside as well as outside of UTP, such as RCMP Ipoh and UiTM Bandar Melaka for their support to TTS and local theatrical industry. Hopefully you will come again to see us in the future.

For those who missed the chance to see it, don’t worry as “Jalud” will come to Kuala Lumpur soon. The two-night performance will be held at Kuala Lumpur JKKN Auditorium at Tun HS Lee Street, formerly known as Taman Budaya Kuala Lumpur. For further details click here.


A photo posted by alya. (@_eyaa__) on

A video posted by Aireenteyy (@aireenteyy) on




0 kritikan :